Resepi Soto Ayam Simple (SbS)

Resepi Soto Ayam Simple | Jom cuba soto ayam sedap ni… 🙂

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Eita Fazita‎ 

Bahan bergedil daging:
✔️ Ubi kentang 4 bji
✔️ Daging burger 4 keping
✔️ Daun bawang
✔️ Bawang besar
✔️ Cabai merah
✔️ Bawang goreng
✔️ Serbuk lada putih
✔️ Serbuk lada hitam
✔️ Garam secukup rasa
✔️ Telur
✔️ Tepung jagung 4 camca

Yang warna pink tu garam..
Satu lagi serbuk lada putih 
yang hitam tu serbuk lada hitam

Kentang yang dah direbus, lecekkan

Daging burger

Cincang dan gorengkan.. dan masak sikit, ketepikan letak dalam besen kecil

Masukkan kentang lecek, lada, daun bawang, garam, lada putih, lada hitam, garam dan bawang goreng

Masukkan tepung jagung..

Bulatkan..

Oleskan dengan telur

Gorengkan dengan api sederhana

tadaa..siap!!

Bahan-bahan untuk kuah:
Blender kan
✔️ Bwg besar
✔️ Bwg putih 
✔️ Kunyit
✔️ Lengkuas
Tumiskn sekali dengan
✔️ Serai
✔️ Daun limau purut
✔️ Cengkih 7 bji
✔️ Buah pelaga 7 bji
✔️ Kayu manis 1
Tumis sampai pecah minyak…

Serbuk jintan manis 1 sudu besar
Serbuk jintan putih 1 sudu besar
Serbuk lada putih 1 sudu besar
Serbuk rempah sup faiza 1 sudu besar

Tumis serai, kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih

letakkan sedikit kunyit
Dah pecah minyak masuk kan serbuk-serbuk tadi

Masukkan air 2 liter

Masukkan ayam

Rahsia kerajaan.. hehe.. stok ayam maggie saya taruk 4 sudu besar

Masukkan garam bukit, kaler pink sikit..
Ayam yang direbus dengan sup tadi angkat carik-carik kan

Suhun goreng

Ketupat

dan bihun rebus. celur dahulu ye.

Taugeh celur

Sambal hitam:
✔️ Bawang putih 7 bji
✔️ Cabai merah 20 bji
✔️ Cuka
✔️ Kicap
✔️ Gula dan garam

Combine semua jadi seperti di bawah…
Selamat mencuba…
Jangan lupa share…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *