Resepi Tom Yam Peha (HomeMade Paste) (SbS)

Resepi Tom Yam Peha (HomeMade Paste) | Sungguh menyelerakan. Boleh telan air liur tengok tomyam ni.. Kena cuba tau… senang jer… Ni saya buat untuk 10 orang makan… semua paha ye…
Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Nurul Fatin Adiana Diey
Bahan untuk paste :
✔️ Bawang kecil merah
✔️ ✔️ Bawang putih
✔️ Udang kering
✔️ Serai
✔️ Belacan
✔️ Halia
✔️ Tomato 
✔️ Cili padi merah

Masuk 3 sudu besar cili boh sebelum blend

Ni hasil paste yang diblend tadi…

Panaskan minyak

Tumis bawang putih, halia, lengkuas… ketuk…

Bila sudah naik bau, masuk paste… kacau sampai pecah minyak…

Masuk ayam… biar sebati dalam 5 minit…

Masuk air… yang ini 2 sukatan bekas blender…

Serai ketuk.. daun limau.. bahagian tengah dibuang… takut pahit.. 
Perahan setengah biji limau nipis… masuk semua

Biar sebentar sampai kuah mendidih, masuk sayur…

Ni rupa nya , tambah cili padi ketuk kalau nak pedas lagi

Susu sejat

Masuk 5 sudu besar susu sejat

Lastly tomato, perasakan garam gula dan MSG (ikut suka )

Dah siap… tabur hirisan daun ketumbar…
Mai semangkuk… makan dengan nasi, sambal belacan, timun dan telur dadar.. .tak pandang ke lain dah…. hehe
Selamat mencuba…
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017