Resepi Udang Masak Lemak Cili Api (SbS)

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api | Anda boleh try resepi ini untuk masak lemak cili api. Mana tahu ini salah satu resepi yang memikat selera anda. woww…!!! jom cuba.. huhu

Cara buat ada pada setiap gambar
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Khairul Hakimin Muhammad

1kg udang dibasuh bersih-bersih..

Bahan:
✔️ 1kg udang
✔️ 2 inci kunyit hidup
✔️ 1 genggam cili padi
✔️ 1 biji bawang besar
✔️ 2 helai daun kunyit
✔️ 3 batang serai
✔️ 1 cawan santan pekat
✔️ 1 cawan air
✔️ 1 sudu besar serbuk kunyit
✔️ Garam secukup rasa
Masukkan udang dalam periuk. Tumbuk cili padi bersama kunyit hidup dan bawang besar. Terus masukkan dalam periuk. Jangan hidupkan api lagi.

Jangan hidupkan api lagi, masukkan santan pekat.

Masukkan air, kacau rata barulah hidupkan api.

Masukkan serai dan daun kunyit. Kacau rata.

Bila sudah mendidih, masukkan serbuk kunyit dan garam. Kecilkan api.

Rasa sedikit,  jika semua bahan sudah rasa. Tutup api. 
Selesai. Hidang bersama nasi panas-panas. Fuhhh!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017