Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

Resepi makanan-Ada sesetengah biskut yang kita jumpa hanya pada hari raya. Jarang benar kalau nak jumpa biskut tersebut pada hari keramaian seperti di kenduri kahwin, majlis thalil dan majlis hari jadi. Biskut yang saya maksudkan adalah biskut makmur. Hihi…biskut makmur susu ni saya jumpa hanya pada hari raya…


Biskut makmur susu hilang di mulut bila memakannya, sebab dia kan ada campuran minyak sapi. Jadi kelembutan dan peroinya rasa kuih itu amat enak. Nyaman…tapi kalau yang tak suka bau susu tepung, mesti tak suka dengan biskut makmur susu ni…
Saya ok je, yang penting sedap dimakan. Hihi

Sumber: Google

Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

Resepi mudah biskut makmur susu ni saya kongsikan daripada myresepi dan bila belek-belek resepinya, saya tengok mudah saja membuatnya. Ibu saya dahulu pernah membuatnya tetapi itu sudah cukup lama. Tinggal dalam memori je..):

Bahan-bahan:

1 tin kecil Ghee (minyak sapi) – cairkan
5-6 sudu makan gula halus
5-6 sudu makan susu tepung
100 gram kacang tanah ( goreng & kisar )
tepung secukupnya ( goreng tepung tanpa minyak hingga sedikit kekuningan )

*Hiasan:

100 gram gula halus
100 gram susu tepung – jenama apa pun tak kisah

Cara-cara menyediakan Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

1. Campurkan ghee cair, gula, kacang kisar dan susu tepung. Gaul sebati.

2. Kemudian, masukkan tepung secukupnya sehingga tidak melekat pada tangan.

3. Bentukkan doh menjadi bola-bola kecil.

4. Susunkan di atas loyang dan bakar pada suhu 150 darjah celsius selama 10 hingga 15 minit.

5. Setelah biskut masak,salutkan biskut dengan gula dan susu tepung.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *