Resepi Ayam Halia Bersantan

ayam-halia-bersantan


Resepi Ayam Halia Bersantan

Bahan-Bahan:

Ayam – setengah ekor
Kentang – 4 biji (di potong dua atau empat, tengok saiz)
Bawang besar – 3 biji (Potong gelang)
Bawang putih – 2 ulas (hiris nipis)
Halia – seketul besar (dihiris halus)
Ketumbar – sikit (tumbuk halus)
Cili padi – 10 biji di belah dua (jikut selera)
Cili merah – 2 biji (dihiris halus)
Santan kelapa – 1 kotak
Garam dan perasa

Cara Memasak:

1. Goreng ayam dengan api yang sederhana. Bila sudah empuk, ketepikan.

2. Sambil menggoreng ayam, rebus kentang sampai empuk. Kemudian angkat. Ketepikan.

3. Gunakan minyak goreng ayam tadi, masukkan halia, bawang putih dan ketumbar. Bila sedikit layu, masukkan santan.

4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.

5. Perlahankan api. Jangan tunggu sehingga pecah minyak. Terus masukkan cili padi, cili merah dan bawang besar.

6. Masukkan kentang yang telah direbus bersama ayam yang telah digoreng tadi.

7. Kacau sedikit lagi biar sebati, kemudian boleh lah diangkat dan dihidangkan.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017