Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kaw !!

Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Kaw !! | Jom kita masak Ayam Masak Lemak Cili Padi. Memang terbaik….

Bahan-bahannya:

  • Ayam
  • Santan
  • Cili Padi – blend
  • Kunyit hidup – blend
  • Daun kunyit
  • Serai-diketuk
  • Asam keping
  • Garam

Cara penyediaanya:

  1. Toskan ayam yang dah siap dicuci untuk mengeluarkan lebihan air.
  2. Kemudian, gaulkan ayam tadi bersama serai, cili padi dan kunyit hidup yang dah diblend di dalam kuali dengan api perlahan. Tujuannya untuk mengeringkan air ayam.
  3. Bila air ayam dah kering, boleh la masukkan santan cair.
  4. Bila ayam dah kecut/masak dan santan dah mendidih masukkan asam keping, santan pekat, dan garam.
  5. Bila mendidih sekali lagi, boleh letak daun kunyit dan tutup api. Siap.
  6. Bagi yang suka pedas boleh letakkan cili padi/api lebih.
  7. Bila dah masuk santan, kuah masak lemak kene sentiasa dikacau supaya tak berketul dan naik minyak, kalau tak kuah masak lemak jadi sgt. Untuk masak lemak ayam, cukup lah letak sekeping asam keping, kecuali kalau masak lemak ikan boleh letak 2-3 keping sebab masakkan ikan memang kena rasa masamnya tu. Kalau nak letak kentang pun boleh jugak.
  8. Ayam seeloknya ditoskan terlebih dahulu untuk membuang lebihan air ayam, kalau masuk basah-basah, rasa macam tak sedap jer bila air ayam tu dimasak sekali dengan santan.

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Sumber : homefamilysite
Resepi Ayam Masak Lemak Cili Padi Meletop!!

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017