Resepi Ayam Masak Sambal Sedap (SbS)

Resepi Ayam Masak Sambal Sedap | Jom buat lauk sambal ayam yang lazat gitu.. ni resepi raka India kita yang aktif memasak, SheeNa HaseeNa
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : SheeNa HaseeNa

Bahan-bahan:
5 biji bawang merah dipotong bulat
2 sd makan ginger garlic paste
2 batang serai diketuk

6 sd makan pes cili kering kisar (tuan resepi buat sendiri)

1 ekor ayam diperap dengan garam dan serbuk kunyit

Goreng ayam sehingga 3/4 masak

Ayam yang siap digoreng.Ketepikan

Tumis serai dan ginger+garlic paste

Masukkan bawang merah dan kacau rata.
(Simpan sedikit bawang merah untuk ditabur nanti).

Setelah bawang layu, masukkan pes cili

Biarkan pecah minyak

Perasakan dengan garam

Masukkan 3 sd makan sos cili dan gaul rata

Masukkan ayam yang telah digoreng tadi

Tambah sedikit air (option), I like more gravy dan biarkan ayam masak sepenuhnya.

Taburkan baki bawang tadi dan kacau rata

Tutup api dam taburkan daun ketumbar

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017