Resepi Ayam Masak Sambal Sedap (SbS)

Resepi Ayam Masak Sambal Sedap | Jom masak lauk ni lunch nanti.. Jom..sempat lagi.. seedapppp!!!

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Malisha Ashida Mohamad


Bahan-bahan:
1. Ayam
2. Bawang besar
3. Bawang kecil
4. Serai
5. Cili padi
6. Daun cekur
7. Santan
8. Kunyit
9. Asam keping
10. Tomato
11. Garam dan perasa

Blender semua bahan (kecuali daun cekur) dengan air. 
Masukkan ke dalam kuali dan didihkan.
Apabila telah mendidih, masukkan ayam dan asam keping.

Apabila telah sebati, masukkan tomato.

Masukkan santan

Biarkan seketika dengan api sederhana. Sekali sekali perlu di balik-balikkan ayam supaya tidak hangus. Masukkan daun cekur yang telah dihiris. Sedia dihidang…
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017