Resepi Ayam Panggang Tandoori!!

Resepi Ayam Panggang Tandoori!! | Mana yang suka ayam, kena cuba resepi ini yer.. sedap ni… Cuba jangan tak cuba.. hehe


Bahan-bahannya:

  • 1 kg Peha Ayam – dibuangkan kulit dan dibersihkan dari lemak-lemaknya.
  • 2 sudu besar cili serbuk/kisar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk jintan halus
  • 1 sudu besar serbuk garam masalah
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk fenugreek – halba
  • 1 paket tairu biasa
  • 1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya – ditumbuk halus/kisar
  • 4 ulas bawang puih – ditumbuk halus/kisar
  • 1 inch halia – ditumbuk halus/kisar
  • 1 sudu teh pewarna merah
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji lemon – perahan jusnya dan hiasan
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji bawang besar – dihiris tipis (optional – dipanggang bersama ayam dikuali grill)

Cara penyediaannya:

  1. Peha ayam pada mula mesti di kelar. Supaya rempah dapat di resap pada ayam nya.
  2. Gaulkan cili, jus lemon & garam secukup pada peha ayam yang dikelar.
  3. Di mangkuk yang lain, siapkan tairu dengan serbuk kunyit, ketumbar, jintan halus, garam masalah, gaulkan supaya sebati.
  4. Daun ketumbar & akarnya ditumbuk bersama serbuk fenugreek, bawang putih & halia hingga lumat.
  5. Gaulkan pada peha ayam.
  6. Letakan pewarna merah pada yohgurt rempah dan gaulkan pada peha ayam.
  7. Biarkan diperap dipeti ais selama 4 – 6jam sebaik2nya. Kalau nak ringkas – 1 jam.
  8. Bila hendak memasak, panaskan oven pada 180C – 200C.
  9. Keluarkan ayam dan gaulkan bersama minyak masak sedikit.
  10. Panggang ayam dioven dan bakar selama 25mins pada suhu 140C – 160C.
  11. Bila ayam kelihatan kering, keluarkan dan panggang di kuali grill, panggang supaya mendapatkan tanda-tanda bakar hitam.
  12. Bakar pada api yang sederhana.
  13. Taburkan serbuk garam masalah sedikit & hirisan bawang besar di atas ayam semasa dipanggang (optional).
  14. Masak ikut cita rasa. Sajikan panas bersama nasi & kari ikan atau kari sayur-sayuran.

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Joha Hassan
Resepi Ayam Panggang Tandoori!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *