Resepi Char Kuey Teow Daging (SbS)

Resepi Char Kuey Teow Daging | Pagi ni teringin nak makan char kuey teow daging. Dulu masa ditaiping, ada nyonya duk goreng char kuey teow…aku terbau memamg harum dan sedappp..aku berdiri sebelah nyonya tu, tengok dia masak dan tanya apa itu ini. Nyonya tu sudi kongsi. Jadi aku olah dah sikit2…mana2 makwe klu orang datang merisik, kau goreng ni, confirm satu lorong rumah kau datang merisik. Hahaha…kalau korang berduit, boleh ganti dengan udang dan sotong. Rasa dia! Powerrrrr!!
Cara buat ada pada setiap gambar. Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Wan LuQman

Tumis bawang putih bersama dengan bawang merah

Hahaha…ni special skit..klu korang g makan kat chicken rice shop, mintak tapau halia diorang. Ni killing factor tau..haritu kebetulan bungkus kat sana, kslau tapau mesti mintak ni lebih utk penggunaan masa hadapan
Halia parut tambah chicken juice dari chicken steam + daun bawang kecil

Bila bawang dah garing, masukkan daging…ikut suka korang lah. Aku ni suka makan benda2 mee dengan daging

Letak sesudu besar cili kisar

Bila dah garing bahan tumis, masukkan dua sudu besar sos tiram

Dua sudu besar kicap cair

Ini cuka hitam, fungsi dia bagi hangit2 rasa dan bau…memang sedap..seperti nyonya tu cakap

Sesudu kecil gula

Kicap manis..aku guna abc sebab warnanya yang pekat dan likat gitu

Sebungkus kury teow halus.. xsuka makan yang besar2.. x tertelan dibuatnyer..huhu..dan dua sudu besar sos tomato utk bagi wangi (ini cina yang bgtau)
Sebiji telur..nak letak pun xpe, xnak letak pun takpe. Bila letak ni, rasa akan jadi balance

Daun kucahi, kobis n lek (daun bawang holland)

Lepas letak sayur2 tadi goreng lagi smp layu skit tapi jangan layu sangat nanti x rangup..bila warna dah cantik, Wallaaaaa! Dah siap..warna penting utk bangkitkan selera kita. Bila mata tengok macam sedap, otak dan rasa akan seiring bersama
Siapp!!
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017