Resepi Cucur Kembong Manis

cucur-kembong-manis


Resepi Cucur Kembong Manis

Bahan-Bahan:

200gm gula
1000 gm tepung gandum
1/4 tsp garam
1 biji telur
1/3 cawan marjerin (cairkan)
1 tsp ibu roti/yis
1 tsp soda bicarbonat
air secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan tepung, soda bicarbonat, ibu roti, gula, garam dan telur. masukkan telur dan kemudian marjerin cair. Gaul rata.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga seperti bancuhan membuat jemput-jemput. Gaul sebati.

3. Perapkan selama 30 – 40 minit atau sehingga bancuhan kembang.

4. Panaskan minyak secukupnya. Guna api sederhana. Jangan terlalu panas sangat nanti tidak masak dibahagian dalam.

5. Goreng sehingga kekuningan. Bentuk terpulang kepada anda, ada yang buat dalam betuk bulat-bulat dan ada yang buat dalam bentuk [email protected]

Selamat Mencuba

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017