Resepi Dark Chocolate Almond Snow Balls (SbS)

Resepi Dark Chocolate Almond Snow Balls | Atas permintaan ramai saya share resepi Dark Chocolate Almond Snow Balls.
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Irmaz Zamri‎
Bahan-bahan:
✔️ 160 gm dark chocolate
✔️ 25gm butter
✔️ 1/4 cawan Double Cream/Thick Cream/Thickened Cream (bukan Whipping Cream)
✔️ 1 sudu makan gula castor
✔️ 70 gm cornflakes /kacang tanah 
✔️ 70gm almond yang dikisar

Contoh Thickened Cream (banyak brand lagi)
Masukkan chocolate, butter, gula dan double cream dalam bekas tahan panas.

Didihkan air dalam pan. 
Dan letak bekas tersebut dalam pan (double boiler). 
Tutup api dan kacau dengan spatula.

Angkat dari api dan kacau sehingga cair dan sebati

Hancurkan cornflakes atau kacang tanah, dan masukankan dalan bancuhan chocolate. 
Simpan dalam peti sejuk 20 minit.

Kisar kering almond. (nak bakar ke xnak bakar dulu pun tak apa almond tu)

Keluarkan dari peti sejuk dan sediakan almond kisar.

Skop chocolate yang hampir keras dengan sudu dan buat bentuk guli.

Golekkan atas almond kisar.

Sedia untuk dimakan dan boleh start business. Hehe..
Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *