Resepi Kek Lapis Kukus Keju Brownies

Kek Lapis Kukus Keju Brownies


Resepi Kek Lapis Kukus Keju Brownies

Bahan-Bahan:

Bahan A –

500gm brownies mix
6 biji telur
100ml susu segar
100ml susu pekat manis

Bahan B –

500gm krim keju – suhu bilik
100gm gula kaster
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila

Loyang 9″

Cara Membuat:

1. Satukan bahan A dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan ringan. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian.

2. Bahan B : Putar keju dan gula kaster hingga licin dan tidak berketul, masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Pukul hingga rata. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

3. Alas dasar loyang dengan kertas minyak, sapu tepinya dengan majerin. Tuang 1 bahagian adunan brownies dan kukus selama 8 minit.

4. Angkat dan tuangkan adunan krim keju, kukus selama 8 minit.

5. Ulangi melapis adunan brownies dan keju hingga habis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *