Resepi Kek Pisang Emas

kek-pisang-emas


Resepi Kek Pisang Emas

Bahan-Bahan:

5 biji pisang emas masak | dilenyek
1 ½ cawan tepung gandum | diayak
250 gm gula kastor
4 biji telur
1 cawan minyak jagung
1 sudu teh soda bikarbonat | diayak bersama tepung
1 sudu teh serbuk penaik | diayak bersama tepung
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Satukan gula, telur, minyak serta esen vanila dan pukul hingga putih.

2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata.

3. Kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama soda dan serbuk penaik sedikit demi sedikit. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul.

4. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar dalam ketuhar pada suhu 170’c selama 40-60 minit atau hingga masak.

Pencarian yang lain:

  • resep cup cake dari pisang emas
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017