Resepi Kek Tiramisu Gulung

kek-tiramisu-gulung


Resepi Kek Tiramisu Gulung

Bahan-Bahan:

Bahan A –

3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
50ml minyak jagung/minyak masak
60gm tepung gandum
20gm susu tepung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee emulco
2 keping biskut lady finger

Bahan B –

3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar

Bahan C –

1 sudu teh serbuk kopi segera/nescafe
2 sudu teh air panas
(Larutkan)

Filing Krim Keju –

125gm mascarpone cheese/cream cheese (suhu bilik)
30gm gula kaster
120ml thickened cream/double cream (pukul hingga kental)

Loyang 10 x 10″ (di alas dan di gris)

Cara Membuat:

1. Ayak tepung dan susu tepung. Ketepikan.

2. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.

3. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu. Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.

4. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu warna asal dan satu lagi di campur dengan coffee emulco. Masukkan ke dalam piping bag dan picit berselang warna. Hentakkan sedikit loyang untuk mengeluarkan gelembung udara.

5. Bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 10-15 minit.

6. Keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit.

7. Sediakan sekeping kertas minyak yang lebih besar dari kek. Terbalikkan kek. Keluarkan kertas alasnya.

8. Sapu krim cheese di permukaan hingga rata dan susun dengan 2 atau 4 kepingan biskut lady finger. Celup atau sudukan larutan kopi di atas biskut hingga menyerap. kemudian gulung dengan mengerakkan kertas ke depan seperti mengulung sushi.

9. Bungkus dengan ketat dan simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam atau lebih.

10. Tabur atasnya dengan serbuk coklat/koko jika suka.

Filing Krim Keju –

1. Putar krim keju dan gula hingga lembut dan licin. Kaup balikkan dengan cream yang dipukul.

2. Simpan sekejap di dalam peti sejuk sebelum di sapu ke permukaan kek.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017