Resepi Kuih Bakar Daging

kuih-bakar-daging


Resepi Kuih Bakar Daging

Bahan-Bahan:

Kuih Bakar –

1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan kelapa (boleh ganti dengan susu cair/susu rendah lemak)
3 biji telur gred A
180 ml air
sedikit garam
minyak sapi secukupnya (boleh ganti dengan mentega/marjerin)
beberapa titik pewarna kuning
hirisan daun bawang, untuk hiasan
cili merah didadu kecil, untuk hiasan
sos cili sebagai pencicah

Inti Daging –

150 gm daging kisar
1 sdb rempah kari daging
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
sedikit air
hirisan daun sup secukupnya
sedikit hirisan cili merah
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat:

Inti Daging –

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum. Masukkan rempah kari dan kacau rata.

2. Tuang sedikit air dan masak hingga rempah kari garing. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.

3. Masak hingga kering. Masukkan hirisan daun sup dan hirisan cili merah. Gaul rata dan matikan api. Sejukkan.

Adunan Kuih Bakar –

1. Satukan telur, santan dan air. Kacau rata dan masukkan tepung. Kacau lagi hingga tidak berbintil-bintil.

2. Masukkan pewarna kuning dan sedikit sahaja garam. Tapis dan ketepikan.

Kuih Bakar Daging –

1. Panaskan acuan atas dapur, guna api yang sederhana. Kemudian masukkan sedikit minyak sapi (anggaran 1/2 sudu besar). Kemudian ratakan. Tuang adunan kuih bakar 3/4 penuh dan masak dengan api kecil hingga bahagian tepi nampak garing.

2. Masukkan 1/4 bahagian inti tadi, pastikan anda tabur rata-rata. Tutup permukaan acuan sekejap.

3. Sementara itu panaskan oven pada suhu 180C, guna api atas sahaja. Alihkan acuan dari atas dapur gas tadi ke dalam oven.

4. Terus membakar hingga permukaan kuih perang keemasan. Keluarkan dari oven, biar sekejap dan keluarkan kuih tadi.

5. Tabur hirisan daun bawang dan cili merah cincang atasnya sebagai hiasan. Siap untuk dihidangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *