Resepi Nasi Ayam Turun Temurun!!

Resepi Nasi Ayam Turun Temurun!!

Bahan-bahannya untuk Nasi Ayam:

Beras basmathi – basuh dan tos
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar mentega
Minyak ayam
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara:

  1. Panaskan planta dan minyak ayam. Tumis bawang putih dan halia yang ditumbuk serta daun pandan sehingga wangi.
  2. Tuang bahan tumis ke dalam beras yang telah dibasuh dan tos. Kacau rata sebelum dimasukkan air secukupnya. Saya letakkan sedikit garam. Masaklah nasi menggunakan rice cooker seperti biasa.

Bahan-bahannya untuk Ayam Madu:

  • 1 ekor ayam dg kulit – potong 4 atau 6
  • Serbuk kunyit
  • Garam halus
  • Sedikit madu

Cara:

  1. Lumur ayam dengan bahan di atas dan perap lama lama. Jika banyak, boleh disimpan di dalam freezer untuk kegunaan masa depan.
  2. Goreng dengan minyak penuh sehingga ayam masak.

Bahan-bahannya untuk Sambal Cili:

  • 6 – 8 tangkai cili kering
  • 3 ulas bawang putih
  • Gula
  • Air asam jawa

Cara:

  1. Masak cili dan bawang putih kisar sehingga mendidih dan agak agak cili masak. Kemudian masukkan gula dan terus masak sehingga bertukar warna gelap. Akhir sekali masukkan air asam jawa.

Bahan-bahannya untuk Sambal Kicap:

  • Bawang putih
  • Kicap cap kipas udang
  • Sedikit air

Cara:

  1. Tumbuk bawang putih dan satukan dengan kicap serta sedikit air. Masaklah sehingga mendidih.
  2. Nota: Kena manis sedikit.

Bahan-bahannya untuk Sup:

  • Leher dan sayap
  • Bawang merah
  • Halia
  • Sedikit serbuk sup/sup bunjut
  • Garam
  • Daun bawang

Cara:

  1. Masak ayam dengan air, bawang dan halia sehingga mendidih. Masukkan serbuk sup dan garam. Sesuaikan rasa.
  2. Taburkan daun bawang.
  3. Boleh dihidangkan, 

Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

Oleh : Azie Kitchen
Resepi Nasi Ayam Turun Temurun!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *