Resepi Nasi Goreng Kampung

nasi-goreng-kampung


Resepi Nasi Goreng Kampung

Bahan-Bahan:

• 3 cawan nasi putih
• 15 biji cili padi hijau – ditumbuk lumat
• 1 biji bawang besar – ditumbuk kasar
• 4 ulas bawang putih – ditumbuk lumat
• ikan bilis goreng
• 1 ikat kangkung
• 3 sudu minyak masak
• garam
• serbuk perasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan tumbuk, kemudian tumis hingga bawang kekuningan.

2. Masukkan nasi putih. Gaul hingga rata. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan biar sebati.

3. Masak dengan api perlahan. Masukkan ikan bilis goreng. Bila agak berasap, masukkan kangkung. Masukkan perasa ikut citarasa anda.

3. Siap untuk dihidangkan. Yang suka pedas bolehlah tambah lagi cili padi. Kalau suka ikan bilis goreng lebih boleh tambahkan lagi.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017