Resepi Nasi Paprik Ala Thai

nasi-paprik-thai


Resepi Nasi Paprik Ala Thai

Bahan-Bahan:

300gm nasi putih | dikukus
2 biji telur | digoreng dadar
100gm daging | dihiris nipis
30gm udang
30gm sotong
30gm kacang buncis
30gm lobak merah
30gm jagung mini
20gm bawang putih
10gm cili padi
40gm sos cili
40gm sos Thai
40gm sos tiram
2 helai daun limau purut
3gm stok ayam
50ml minyak masak
5gm ikan daun parsli
Sedikit garam dan lada
sulah secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua makanan laut bersama hirisan daging sehingga lembut.

2. Masukkan bawang putih dan biarkan sehingga naik baunya.

3. Masukkan cili padi bersama kesemua sayuran lain. Biarkan masak seketika.

4. Kemudian masukkan sos cili bersama sos Thai dan juga sos tiram. Biarkan masak seketika.

5. Perasakan dengan garam, stok ayam dan lada sulah secukupnya.

6. Masukkan bancuhan tepung jagung dan gaulkan rata. Biarkan masak seketika.

7. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *