Resepi Puding Karamel Tanpa Telur – Resep Maskan

puding-karamel-tampa-telur


Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-Bahan:

Bahan A – (gula hangus)
2 sdb gula pasir

Bahan B – (puding)

10 gram agar-agar
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb tepung kastad
1 sdk esen vanila

Cara Membuat:

1. Mula-mula buat gula hangus seperti biasa. Taburkan gula ke dalam loyang, guna api kecil.

2. Masak hingga gula menjadi perang. Kemudian ketepikan.

3. Satukan semua bahan-bahan B. Kacau di atas api.

4. Adunan mesti dikacau selalu supaya tepung kastad tidak bergentel.

5. Apabila menggelegak dan adunan sedikit pekat, tutupkan api. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi.

6. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk hingga puding mengeras. Terbalikkan dan bolehlah dihidangkan.

from Klik Disini http://ift.tt/1syLEcf
Resepi Puding Karamel Tanpa Telur – Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *