Resepi Puding Roti Cip Coklat

puding-roti-coklat-chips


Resepi Puding Roti Cip Coklat

Bahan-Bahan:

Bahan A –

600 ml susu kotak perisa coklat-
8 keping roti putih
Butter secukupnya utk disapu pada roti

Bahan B –

5 sudu besar gula halus
2 sudu besar milo
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C –

2 sudu besar kismis hitam
Cip Coklat secukupnya

Sos Kastad –

1 tin susu cair
2 s/b tepung kastad
2 s/b gula

Cara Memasak:

1. Sapukan sedikit butter pada pemukaan loyang pembakar. Sapu setiap keping roti dengan butter secukupnya dan susun roti dalam loyang atau bekas yang sesuai.

2. Masa susun roti tu taburkan sedikit kismis dan cip coklat secukupnya pada pemukaan roti. Ulang susun sampai habis roti dan tabur pemukaan paling atas dengan coklat chips dan kismis.

3. Kemudian tuangkan susu coklat ke dalam loyang dan biar roti rendam selama 1/2 jam.

4. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.

5. Bakar dalam suhu 180’C selama 30 minit/masak.

6. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.

7. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Tip : Kalau nak pudding roti agak kering, masak lebih lama dalam oven dan kalau nak lebih manis, boleh tambah gula lebih.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017