Resepi Sup Tulang Rusuk

sup-tulang-rusuk


Resepi Sup Tulang Rusuk

Bahan-Bahan:

1 batang tulang rusuk – Potong dan cuci bersih.
1 paket rempah sup tulang
4 biji bawang putih – ketuk
2 biji bawang besar – belah
6 halia – thumb size, ketuk
daun sup,
limau nipis,
cili api,
bawang goreng
ubi kentang – kupas kulit, belah 4
Minyak untuk menumis
1 liter air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bawang puith, rempah sup dan halia hingga kuning dan naik bau.

2. Masukkan tulang rusuk yang telah dicuci dan juga air. Renehkan hingga tulang empuk. Tambah air jika daging belum empuk.

3. Masukkan kentang dan bawang besar dan dimasak lagi hingga kentang empuk. Rasakan garam gula.

4. Semasa menghidang, taburkan daun sup yang dipotong halus, cili api potong, dan bawang goreng serta perahkan air limau nipis.

5. Boleh dimakan dengan nasi putih, mee kuning atau mee hoon. Sedap juga dimakan bersama roti.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017