Resepi Vietnamese Springroll Sedap (SbS)

Resepi Vietnamese Springroll Sedap | Gigit nangis gigit nangis. Bukan sebab pedas. Sebab sedap. Ehehe. Buat lagi. Kali ni kita kasik tutorial ajet2.
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Yuss Aisya

Bahan subjektif ye. Ape yang korang suke. Jangan ade yang kate eh aritu kat tv tunjuk guna salad. Sukahati nak guna jering ke petai ke batang keladi ke asalkan yang korang nak makan. Saya guna apa yang saya suka. 
Daun ketumbar. Yang lain korang kenal
Kalau x kenal ada masalah. Haha.
Resepi asal guna suhun tapi udah ler JAKIM tarik balik sijil halal saya guna laksa sagu yang kenyal tu berperisa udang. (Celur dengan air rebusan udang la maknanya) yang lain celur jugak guna air udang tu. Baru sedap woi.

Ni rice paper kalau x pernah tengok. Bila bukak jangan terkejut macam plastik. Nampak sama tapi bukan dia. Ia dibuat dari beras dan garam je.
*sy beli kat tesco. Semua pasaraya ade. Cari. X jumpa tanya pekerja dia. Dia x marah haih. Kalu dia marah korang ramai2 pukol dia.

Buh air masak suhu bilik dalam pinggan.
Celop 2 saat je jangan lebih. Jangan risau dia rasa keras lagi. Nanti dia lembut sendiri. Ingat tu.

Buh inti kesukaan anda..

Gulungkan kemas-kemas.. Seksiii kan, nampak semua dalam… Hehe

Tadaaa… yang ni versi bedah siasat.. 
Tak nak kasi dia melekat satu sama lain, lepas dah gulung, sapu dengan minyak masak sikit.

Pastu ngap. Yg ni x yah ajar semua reti.
Sos : saya wanita yg sibuk (campur malas) jadi saya guna sos thai campur cuka dan bijan sangai. Tu pon dah sedap sangat dah bagi saya. Sos mesti ade rase masam masin manis pedas baru lulus.
Jangan lupa share..
Selamat mencuba..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017