Inspirasi Bake : 10 Idea Kek Yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. – Resep Masakan

Kek Buttercream yang pernah dihasilkan oleh TotBakeDesign suatu masa dahulu.

Dah terasa seronoknya nak berhari raya.. Ramadhan sudah hampir berakhir dan Syawal bakal menjelma. Apakah maksudnya itu?

Pastinya pelbagai juadah akan dihidangkan dan peluang untuk bersama sanak saudara pastinya mengembirakan.
Jika anda berhajat hendak menempah kek untuk diletakkan diatas meja pada Hari Raya Pertama dan mahukan sesuatu yang amat sesuai dengan tema Lebaran, ini kami bawakan beberapa idea bergambar bagi meraikan 1 Syawal nanti.

Masjid 2d dari fondant, hasil kerja yang sungguh kemas dari Delicious Cakes By Nell

Lihatlah kek bertemakan wau bulan beserta ucapan Hari Raya Aidilfitri yang sungguh unik dari Babe in the City – KL

Ini pula kek dan cupcakes yang sedondon bertemakan ketupat sebagai hiasan utama dari dcuppies

Tema sekeluarga meraikan Aidilfitri ini nampak comel pula, dari My Sugar Creations.

cupcakes yang sangat comel dan juga kreatif dari White Daisy Cupcakes.

Kek Lapis yang dibentukkan seperti ketupat nampak sungguh unik dan elegan dari keklapiscottage
Hasil dari lukisan menggunakan piping gel ini pun nampak cantik dari rzlena
Akhir sekali, cupcakes fondant yang sungguh cantik dan kemas dari scrumptious-crumbs

Dengan menggunakan edible image, cupcake ini nampak sungguh cantik dan berseni dari cupcake-huda

Hari Raya tahun ini pastinya lebih menarik dengan hiasan kek yang penuh dengan tema perayaan untuk dijamu kepada sanak saudara.

from TotBakeDesign http://ift.tt/1YwIAK3
Inspirasi Bake : 10 Idea Kek Yang bertemakan Hari Raya Aidilfitri. – Resep Masakan, Resep Kue Basah, Resep Kue Kering, Tips Sehat dan Berita Popular

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017