Resepi Ayam Goreng Lemon!!

Resepi Ayam Goreng Lemon!! | Ini pula adalah Ayam Goreng Lemon yang dimakan bersama Nasi tadi. Anak-anak mmg suka makan ayam klu boleh hari2 nak lauk ayam…. Ayahnyer plk tak suka ayam.. kadang2 pening kepala tukang masak… akhirnyer masak ikut la selera anak…
Bahan-bahannya:
  • 4 keping peha ayam – atau mana2 bhg ayam yg disukai jumlah ni ikut lah, klu ramai blh tambah dan tambahkan sekali ramuannyer.. agak-agak la ye..
  • 1 biji lemon dibelah 2
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 200 ml susu sejat
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cili pes
  • 1 tangkai daun sup – dicincang halus
  • minyak utk mengoreng

Cara penyediaannya:

  1. Bersihkan ayam dan lumurkan ayam dgn hirisan lemon.
  2. Masukkan lemon dlm bekas dan masukkan ayam sekali bersama bahan dihiris, susu, kunyit serbuk, pes cili dan daun sup. Perap selama 1 jam.
  3. Panaskan minyak dan goreng ayam tenggelam dan biar garing sempurna.
  4. Hidangkan ayam dgn daun salad.

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Oleh : Azlita
Resepi Ayam Goreng Lemon!!
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017