Resepi Begedil Ikan Tenggiri

begedil-ikan-tenggiri


Resepi Begedil Ikan Tenggiri

Bahan-Bahan:

1/2 kg ikan tenggiri – dikukus, ambil isinya dan dilenyekkan
250 gm ubi kentang – direbus dan dilecek
1 cm halia – ditumbuk kasar
3 biji bawang putih – ditumbuk kasar
2 biji bawang besar – dimayang halus
4 biji cili hijau – dimayang
2 tangkai daun kari
3 tangkai daun ketumbar – dimayang halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh jintan manis – ditumbuk kasar
2 biji telur
Garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Gaulkan isi ikan dengan semua bahan dalam bekas besar kecuali telur sehingga. Pastikan tidak terlau lembik.

2. Kemudian,bentukkan mengikut citarasa anda masing-masing.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan celupkan begedil yang telah dibentuk ke dalam telur dan goreng hingga kuning.

4. Angkat dan toskan. Siap untuk dihidang.

– Boleh dimakan terus/dicicah dengan sos/dimakan bersama nasi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *