Resepi Choco Mousse Brownies

Choco Mousse Brownies


Resepi Choco Mousse Brownies
.
Bahan-Bahan:

Brownies –

45g butter
65g gula halus
1 biji telur
50g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar serbuk koko

Chocolate Mousse –

140g coklat masakan
1 sudu besar gelatin
100ml air
2 biji telur putih
200g whipping cream
40g gula halus

Cara Membuat:

Brownies –

1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang/putih.

2. Kemudian masukkan telur. Pukul lagi dalam 3-4 minit.

3. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko ke dalam no.2 tadi. Kacau rata.

4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Kemudian bakar dengan suhu 190 degree selama 12-15 minit.

5. Bila dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.

Chocolate Mousse –

1. Masukkan gelatin ke dalam bekas yang mengandungi 100ml air.

2. Biarkan dalam 5 minit. Jangan masukkan gelatin dulu kemudian air, ini akan menyebabkan gelatin berketul dan tidak larut sepenuhnya.

3. Cairkan coklat masakan dengan kaedah ‘double bowl’ (Guna 2 periuk, 1 periuk letak air dan 1 periuk letak coklat. Periuk yang ada coklat ni, letak pulak ke dalam periuk yg ada air. Kemudian panaskan sehingga coklat cair).

4. Bila coklat dah cair, padamkan api dan keluarkan periuk coklat dari periuk yang ada air tadi.

5. Masukkan campuran gelatin tadi ke dalam coklat cair. Kacau sehingga gelatin sebati dengan coklat tadi. Biarkan sehingga sejuk.

6. Pukul putih telur sehingga kembang atau sehingga bertanduk (Kalau diterbalikkan bowl, telur tak jatuh). Sambil pukul telur itu, masukkan gula sikit demi sedikit.

7. Dalam mangkuk lain pula, pukul whipping cream sehingga jadi bentuk krim.

8. Masukkan no.5 dan no.6 ke dalam no.7. Kacau perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan adunan ini ke dalam loyang brownies.

9. Simpan dalam peti sejuk sehingga mousse keras dan bolehlah dihidangkan.

10. Sebelum dihidangkan tu, boleh dihias dengan serbuk koko dipermukaan mousse.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017