Resepi Cucur Roti

Cucur Roti


Resepi Cucur Roti

Bahan-Bahan:

8 keping roti (roti gardenia atau jenama lain)
3 biji telur ayam saiz besar
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan serbuk roti
1 genggam ikan bilis saiz kecil
1 pokok daun bawang dipotong kecil
10 batang daun kucai dipotong kecil
1 labu kecil bawang besar dipotong nipis
1/2 keping kiub ikan bilis
Secubit garam
Cili merah dipotong halus jika suka
Minyak untuk mengoreng

Cara Membuat:

1. Roti dipotong kecil-kecil. Masukan telur dan ramas-ramas bersama roti tadi. masukkan kiub ikan bilis dan garam.

2. Masukkan daun bawang, daun kucai, bawang besar dan cili yang dipotong halus. Gaulkan semuanya.

3. Masukkan serbuk roti, tambahkan susu sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan cucur yang tidak terlalu cair.

4. Panaskan minyak dan goreng terendam sehingga masak.

5. Hidangkan panas-panas bersama cili sos.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017