Resepi Garlic Rolls – Resep Maskan

garlic-rolls


Resepi Garlic Rolls

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Roti –

3 cawan tepung gandum/tepung roti
1 cawan air suam
2 sudu besar gula
2 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu olive oil

Bahan Untuk Garlic Butter Spread –

50gm butter
2 sudu daun ketumbar (cincang)
5 ulas bawang putih (cincang)
Campurkan semua bahan-bahan diatas, biarkan pada suhu bilik.

Cara Membuat:

1. Masukkan yeast dan gula kedalam 1 cawan air suam tadi. Biarkan seketika.

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung dan garam, kemudian tuangkan air suam yang telah dicampurkan dengan yeast dan gula tadi sedikit demi sedikit. uli hingga jadi doh yang lembut.

3. Kemudian, campurkan olive oil, uli hingga doh menjadi elastik.

4. Tutupkan doh dengan tuala lembap yang bersih, rehatkan doh selama 45 minit. Doh akan naik sekali ganda. Setelah adunan naik, tumbuk2 doh dan uli sekejap

5. Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian. Gelek doh dengan kayu pencanai setebal 1/2 inci.

6. Sapukan 1 sudu garlic butter spead diatas doh dan gulungkan. Potong sama lebar doh kepada 4 bahagian.

7. Kita akan dapat 8 potongan doh. Susun doh dalam tray yang telah disapu dengan butter.

8. Tutup semula doh dengan kain lembap, dan rehatkan semula selama setengah jam supaya doh naik sekali ganda lagi.

9. Kemudian sapukan garlic butter spread di atas doh tadi. Sapukan kuning telur pada permukaan doh.

10. Bakar doh dalam oven pada suhu 170-180C selama 25-30 minit

from Klik Disini http://ift.tt/1RY7tqo
Resepi Garlic Rolls – Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017