Resepi Ikan Pari Asam Pedas Johor

pari-asam-pedas

Resepi Ikan Pari Asam Pedas Johor

Bahan-Bahan:

1/2 kg ikan pari
10-15 biji cili kering (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
sedikit belacan (dikisar)
1 batang serai (dititik)
1 btg bunga kantan
sedikit daun kesum
1 sudu lada hitam (ditumbuk )
1 sudu jintan manis (ditumbuk)
1 mangkuk air asam jawa
garam, gula & perasa
minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Cili kering hendaklah direndam dalam air panas selama 10-15 minit, kemudian dibersihkan dan dikisar.

2. Kemudian kisar pula Bawang merah, bawang putih dan belacan. Panas minyak dan tumis Bawang merah yang dikisar bersama bawang putih dan belacan kacau sehingga bawang kekuningan.

3. Masukkan cili yang telah dikisar. Kacau sebentar masukkan serai, lada hitam dan jintan manis, biarkan sehingga pecah minyak.

4. Setelah pecah minyak bolehlah dimasukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih kemudian boleh la dimasukkan ikan pari, bunga kantan dan daun kesum.

5. Akhir sekali perasakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.

6. Biarkan sebentar sehingga kuah agak pekat. Masak sehingga ikan masak.

Sumber: safiachinta.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *