Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap!!

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap!! | Lauk yang paling best, ikan tongkol masak kicap. Kalau mak buat lagi lagi best.. Rindunya masakan mak.. 

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana (lumur garam dan kunyit lepastu goreng)
  • 8 ulas bawang merah – kisar
  • 3 biji cili hijau – hiris
  • 1/2 biji bawang besar – hiris
  • 4 ulas bawang putih – kisar
  • 2 sudu besar cili – kisar
  • 1 inci halia – kisar
  • sos tiram
  • sos tomato
  • sedikit cuka
  • kicap
  • gula dan garam secukup rasa


Cara Memasak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar tadi sampai harum dan garing
  2. Selepas itu masukan sos tomato, sos tiram, kicap, sedikit cuka dan sedikit air dan masak hingga mendidih
  3. Akhir sekali, masukan cili hiris dan bawang dan sesuaikan rasa. selepas tu masukan gula dan garam secukup rasa. tutup api dan masukan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  4. Angkat lalu hindangkan dengan nasi panas, Mmmmmm Sedaaaap!

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
Dapat pahala tau..

Oleh : fb
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap!!

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017