Resepi Kari Ikan Tenggiri Lazat!! (SbS)

Resepi Kari Ikan Tenggiri Lazat!! | Resepi kari ikan tenggiri yang sangat lazat. Kari nasi kandar pun boleh kalah.. hihi..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Wati Radin Othman

Daun kari,tomato,bawang besar, cili kering n lada hijau dpotong-potong untuk tumis nanti

Herba campur, jintan kasar dan rempah tumis….

Panaskan minyak masukkan rempah tumis, jintan kasar, rempah campur, daun kari, tomato, bawng besar hiris, cili kering dan cili hijau tdi.. tumis sampi layu

Dah layu masukkan kunyit serbuk 2 sudu atau 3 pun boleh…

Bawag putih, halia dan bawang besar dikisar-kisar

Lepas masukkan serbuk kunyit tadi masukkan bahan2 kisar tadi dalam 3 sudu…

Kacau sampai garing…

Ikan tenggiri

Dah garing masukkan ikan dulu…

Masukkan air sikit

Dah kering air dan ikan dah separuh masak baru masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili….

Ikan tadi saya kuarkan dulu… gaul rempah ari dan serbuk cili sampai garing dan kuar minyak…

Ni ikan separuh masak yang saya kuarkan kejap

Air asam jawa

Dah garing dan kuar minyak masukkan pula air asam jawa.. kacau rata

Terung

Tomato, cili padi, daun kari dan lada hijau nanti masukkan last sekali..

Lepas masukkan air asam jawa dan air biasa baru masukkan ikan tadi kacau-kacau pastu masukkan terung… kuah dah pekat kan…

Last sekali masukkan daun kari, cili padi, lada hijau belah 2 dan tomato…. 
Kacau sampai kuah dah pekat baru tutup api… siap…!!

Kuah nasi kandar pun kalah tau… hehe… 

Jom makan…. 😀
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017