Resepi Kek Sandwich Victoria – Resep Maskan

Kek Sandwich Victoria


Resepi Kek Sandwich Victoria

Bahan-Bahan :

200g mentega
200g tepung naik sendiri
200g gula kastor
4 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar
Jem strawberry/rasberry
Whipping cream secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan oven suhu 170°C dan sediakan acuan kek 2 biji ukuran 8 inci yang disapu sedikit butter dan dilapik dengan kertas minyak.

2. Putar butter dan gula kastor hingga kembang dan gebu.

3. Masukkan telur satu persatu sambil diputar perlahan dan selepas itu, masukkan esen vanila dan susu segar.

4. Masukkan tepung dan kaup balik dengan senduk hingga sebati.

5. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian dan ratakan kedalam 2 tin kek tadi dan bakar selama 25minit atau sehingga masak.

6. Sejukkan kek. Setelah sejuk, sapu whipping cream dan jem di atas sebiji kek dan lapiskan dgn sebiji lagi kek. Kemudian tabur di atas kek dengan sedikit gula castor untuk finishing.

from Klik Disini http://ift.tt/22Vagc8
Resepi Kek Sandwich Victoria – Resep Masakan, Resep Kue Kering, Resep Kue Basah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *