Resepi Mousse Coklat Mudah

mousse-coklat


Resepi Mousse Coklat Mudah

Bahan-Bahan:

300g coklat masakan (Dark Chocolate) – dicincang kasar
3 Biji telur
1/4 cawan (55g) gula kastor
1 sudu besar serbuk koko – diayak
300ml Susu Krim
Coklat parut

Cara Membuat:

1. cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boiler. Kemudian, biarkan sejuk seketika.

2. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk dan pukul selama 5 minit atau sehigga kembang dan likat.

3. Masukkan coklat yang telah dicairkan bersama serbuk koko ke dalam adunan tadi. kacau sehingga sebati.

4. Dalam mangkuk yang berlainan, pukul krim sehingga kembang dan menjadi ringan. Kemudian, campurkan adunan coklat tadi (No. 3). Kacau perlahan-lahan supaya adunan kekal ringan.

5. Gunakan sudu, masukkan ke dalam gelas sehingga habis. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam, sekurang-kurangnya.

6. Keluarkan dari peti sejuk selama 15 minit sebelum dihidangkan. Letakkan sedikit whipped Cream dan taburkan sedikit coklat parut sebagai hiasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *