Resepi Nasi Arab

Nasi-Arab


Resepi Nasi Arab

Bahan-Bahan:

2 cawan beras basmathi (cuci & tos)
3 1/2 cawan air
1/2 ekor ayam (potong ikut suka)
sedikit kismis
sedikit kacang peas
beberapa btg lada hijau
beberapa biji badam goreng
garam secukupnya
bawang goreng
3 tangkai daun ketumba (hiris)

Bahan Tumis –

2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 biji bunga cengkih
1 labu bawang besar (hiris)
4 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
2 cm halia ( hiris btg mancis)
3 sudu makan minyak jagung

Bahan Rempah –

1 sudu makan biji ketumba
1 sudu makan biji jintan manis
1 sudu makan biji jintan putih
(Bahan diatas disangai/goreng tanpa minyak & dikisar halus)
1 1/2 sudu makan rempah kari

* Bahan rempah ini semua dibancuh dengan sedikit air supaya menjadi pes

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis, bila bawang layu masukkan pula pes rempah. Kacau dan masakkan rempah.

2. Masukkan ayam, air dan garam. Biarkan air didih, kemudian masukkan beras. Masakkan seperti biasa.

3. Bila nasi masak hampir masak, taburkan kismis, kacang peas, lada hijau dan badam, kacau sedikit dan biarkan nasi masak sepenuhnya.

4. Masa hidang taburkan bawang goreng dan daun ketumba sebagai hiasan.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017