Resepi Nasi Briyani

resepi-nasi-briyani


Resepi Nasi Briyani

Bahan-Bahan:

4 cawan beras basmathi
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 helai daun pandan – disimpul & ikat
100 gm kismis
100 gajus – digoreng
5 sudu besar minyak sapi untuk menumis
Garam secukup rasa
Daun sup dan bawang goreng untuk hiasan

Bahan Tumis (Kisar) –

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 cm halia

Rempah Tumis –

30 gm rempah briyani ADABI
3 biji buah pelaga
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji bunga cengkih

Cara Memasak :

1. Kupas semua bawang dan halia serta dipotong dan semuanya dikisar sehingga halus.

2. Basuh beras dan rendam beras selama 30 minit ke 1 jam kemudian ditos ketepi kan dulu. Goreng buah gajus ditos dan ketepikan.

3. Periuk nasi di letakkan atas dapur dulu untuk menumis semua bahan-bahan. Panaskan semua minyak sapi dalam periuk nasi kemudian tumis semua bahan tumisan yang dikisar dan biar sampai bawang masak kekuningan. Masukkan rempah dan biar sampai rempah masak menjadi wangi .

4. Kemudian masukkan semua air dan susu cair, daun pandan serta biarkan sampai mendidih dan boleh la dimasukkan semua beras, garam secukup rasa dan kacau bagi mesra semua bahan-bahan.

5. Terus angkat periuk nasi ini dan masukkan ke dalam badan periuk nasi untuk proses masak seterusnya macam kita masak nasi biasa guna eletrik.

6. Bila nasi dah masak boleh lah di gaul perlahan-lahan nasi dan dimasukkan semua kismis dgn buah gajus serta dikacau rata kemudian boleh la ditutup suis periuk nasi ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *