Resepi Nasi Kuning

resepi-nasi-kuning


Resepi Nasi Kuning

Bahan-Bahan:

4 cawan beras
1 batang serai – dititik
3cm halia – hiris halus
rempah ratus secukupnya – bunga lawang,kulit kayu manis,bunga cengkih
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam / kiub / perasa pilihan
500ml pati santan

Cara Memasak:

1. Didihkan air dalam periuk pengukus.

2. Masukkan minyak dan tumiskan rempah ratus hingga naik bau.

3. Masukkan santan bersama serai, halia, serbuk kunyit dan garam ke dalam kuali.

4. Masukkan beras dan kacau sekali-sekala sehingga beras kembang dan mengering.

5. Pindahkan beras dari kuali ke dalam periuk pengukus.

6. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.

7. Sedia dihidang bersama lauk kegemaran masing-masing.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017