Resepi Nasi Minyak Terengganu

nasi-minyak-terengganu


Resepi Nasi Minyak Terengganu

Bahan-Bahan:

3 cawan beras biasa atau basmathi – ikut citarasa anda
3 1/2 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – disimpul
pewarna kuning atau mengikut citarasa anda

Bahan Untuk Menumis –

1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar planta
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia – dimayang
3 ulas bawang merah – dimayang
1 ulas bawang putih – dimayang

Cara Memasak:

1. Beras dicuci kemudian ditoskan.

2. Panaskan minyak sapi dan planta dalam periuk. Masukkan bahan tumis.

3. Goreng hingga naik bau / kekuningan.

4. Masukkan beras dan daun pandan, kacau rata.

5. Kemudian, masukkan pula air dan susu.

6. Tanak hingga kering, kemudian masukkan pewarna kuning. Biarkan seketika.

7. Kemudian gemburkan nasi guna garpu.

8. Sedia dihidangkan bersama lauk pauk.

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017