Resepi Risoles Sedap!! (SbS)

Resepi Risoles Sedap!! | Salam semua, jom kita cuba resepi murtabak roti daging ini pula.. sedap ni..

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : Let’s Cook & Bake

Resepi asal dari Blog Azlita Masam Manis
Intinya :
• 1 biji bawang merah besar potong dadu
• 3-4 ulas bawang putih cincang halus
• 5 biji ubi kentang besar potong dadu kecil
• 1 biji besar lobak merah potong dadu (saya x letak x ada stok kat umah 😢)
• Isi ayam/ Isi daging byk mana kita suka (saya guna daging kisar)
• 2 sudu kecil lada hitam
• 2-3 sudu kecil serbuk kari (resepi asal x ada saya tambah)
• 1/2 Kiub ayam/daging 
• Daun bawang
• Garam
• Gula
• Minyak menumis
Tumis bawang merah dan bawang puting hingga naik bau dan kekuningan. Masuk daging/ayam, kacau jap. Masuk pula lada hitam dan serbuk kari. Kacau bg isi ayam daging kecut. Masuk kiub ayam /daging. Masuk pula ubi kentang dan lobak merah. Tambah sikit air dan masak hingga ubi empuk. Nak cepat empuk tutup kuali kita, sesekali kacau elak lekat. Rasa garam gula . Dan tabur daun bawang. Siap sejukkan

Kulitnya:
• 2 cawan tepung gandum
• 2 cawan susu segar/santan 
• 1/2 sudu kecil garam
• 1 biji telur
• 2 sudu besar minyak masak /1 sudu besar marjerin cairkan
Saya campur semua bahan dalam blender dan kisar halus. Jgn kisar lama sangat. Ataupun campur semua bahan dalam mangkuk besar dan kacau dengan whisk hingga tak ada ketulan tepung dan tapiskan.
Panaskan kuali non stick , dan boleh sapu sikit minyak pd kuali, dan tuang sikit adunan dan lenggangkan nipis. Nmpk masak angkat terus. Tak perlu terbalikkn kulit nya. Ulang hingga habis kulit ni.
Boleh dapat dlm 20 kulit untk satu adunan kulit. Jgn buat tebal sangat kulitnya.

Ulang hingga habis adunan kulitnya

Ambik sekeping kulit

Letak inti, kalau nak letak cheese mozarella/cheddar pun boleh, cheese letas letak inti ubi kentang ni

Start menggulung, ikut cara tersendiri nak gulung atau lipat je

Camni

Jadi risoles

Ulang sampai habis
(Nak ngap terus pun boleh)

Kita sediakan bahan salutan luar

Celupkan dalam telur

Golekkan dalam serbuk roti

Dan ulang sampai habis, sampai step ni kalau nak frozenkan simpan dalam bekas dan bila-bila nak mkn kelaurkan dr tempat beku dan goreng terus

Boleh goreng dengan api sederhana

Dan kuning kegaringan risoles kita

Boleh angkat toskan minyak. Alhamdulillah risoles rangup luar lembut didalam, siap yuumm!! 
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017