Resepi & Tutorial : Cornflakes Madu – Resep Masakan

Resepi ini ialah kegemaran kami sekeluarga.. sangat bahaya kalau buat awal – awal, sebabnya pasti waktu sahur dan berbuka nanti mesti nak makan sebiji dua.. sedar tak sedar minggu pertama dah selamat dimakan. 

Jadi dalam mengambil langkah keselamatan, resepi ini mesti dibuat pada waktu dekat betul nak raya.. sebabnya kalau tak pasti kena ulang buat 2-3 kali nanti dalam bulan Ramadhan tu.

Jadi kalau resepi ini digunakan untuk buat meniaga, memang elok sangatlah.. sebabnya memang sedap. Kalau boleh cuba dan kongsikan pengalaman anda yea.


Set A

150 gram butter
90 gram gula kastor (boleh juga guna gula perang, tapi lebihkan 10 gram)
5 sudu besar madu

Set B

250 gram Cornflakes (di ramas pecah)
100 gram Almond Nib


Cairkan butter dan gula dan masukkan juga madu.


campurkan cornflakes yang di ramas sehingga pecah ke dalam adunan butter cair.


masukkan kesemuanya dan gaulkan sehingga sebati.


campurkan Almond Nib dan gaulkan sehingga rata.


 sudukan adunan cornflakes ke dalam mangkuk…


bakar pada suhu 180’c selama 15-20 minit.. sehingga bahagian atas bertukar warna agak keperangan.


sejukkan dan makan!

from TotBakeDesign http://ift.tt/1UzYP7N
Resepi & Tutorial : Cornflakes Madu – Resep Masakan, Resep Kue Basah, Resep Kue Kering, Tips Sehat dan Berita Popular

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017