Bakso Resepi Jawa Tengah!! (SbS)

Bakso Resepi Jawa Tengah!! | Haaa..ade tak peminat bakso kt sini?? tunjuk ajar dari maid ..ikut je step SENANG.. Untuk 2 – 3 orang makan

Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Siti Aisah Rafee

Ni semua bahan2 yang diperlukan ya… untuk 2 – 3 orang makan … 
kalau nak buat banyak..gandakan ya..
Bahan A ( dikisar halus):
12 biji bawang kecil 
6 biji bawang putih
1 biji buah pala (dibuang kulit nya dan diketuk dengan lesung)
1 paket buah keras (yang harga rm1 di kedai runcit)
1/2 sudu lada hitam
1 sudu serbuk lada sulah
Bahan B (diketuk sahaja):
2 batang serai
2inci halia 
3inci lengkuas
Bahan C
1 liter air rebusan daging/tulang (kalau tiada gunakan kiub pati daging pun boleh)
400 gram bebola daging

Bahan A kisar halus dalam blender semua nya ya

Bahan B semua nya di ketuk

Panaskan minyak dan tumis bahan B yang kita da ketuk tadi

Kemudian tumis bahan A yang siap dikisar tadi hingga pecah minyak/ garing

Masukkan air rebusan daging, bahan yang siap ditumis tadi dan bebola daging
Masak hingga empuk, garam jangan lupa ya … nak masukkan aji pun boleh ikut cita rasa masing2…

Bahan2 yang lain seperti kubis dipotong nipis, daun sup dan daun bawang, bawang goremg, sos cili, kicap dan sambal kicap sediakan juga ya..jangan lupa pula..tak kick nanti..
Bihun jangan lupa celur…

Siap!!..
Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017