Resepi Kuah Kacang!! (SbS)

Resepi Kuah Kacang!! | Haaa.. admin ade upload resepi SATAY kan, so kali ni admin up resepi kuah kacang pulak.. kot korang nk buat rumah terbuka esok.. bolehla cuba.. makan dengan nasi impit pun sedap.. 
Macam biasa, resepi disediakan di bawah Step by Step (SbS)…
Sumber : FB Mufidah Jamil
Kacang yang telah siap di goreng tanpa minyak. Anggaran 450gm
Bahan-bahan yang perlu digoreng sampai wangi dan di kisar halus. Agak2 ja sukatan banyak ni.
✔️ cili kering di gunting serong
✔️ bawang merah
✔️ bawang putih
✔️ halia… 
✔️serai
✔️ Lengkuas 
✔️ Belacan 
✔️ Asam jawa
✔️ udang kering peket Kecil (Maaf termiss dalam pic)
Jangan lupa letak tau nanti kuahnya lagi sedap

Panaskan minyak goreng semua sekali.

Dah naik bau,Selepas itu dikisar halus

Saya suka kacang sebahagiannya dikisar halus, dan sebahagiannya lagi agak kasar, sebabnya apa tau,baru terasa meletup-letup kuah kacang tu dalam mulut, mercikkk hihi. Kacang dikisar bersama sedikit air ok..

Dalam kuah tu nanti masukkan 1/2 cawan gula merah.

1 cawan gula kasar.

Minyak lebihan mengoreng tadi boleh digunakan untuk menumis semua bahan kisar tadi. tambah garam dan ajinamoto secukup rasa ya, renihkan sampai kacang lembut dan masak sepenuhnya

Dah siap!!!

Boleh juga makan dengan nasi impit..

atau dengan SATAY.. yeayy
Resepi SATAY di SINI

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017