Udang Galah Masak Lemak Cili Api Sama Nenas Sedap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Syukur dpt bertemu kembali di blog kesayangan saya ni. Hari ni dapatlah luangkan masa berkongsi resepi mudah tapi sedap dan menyelerakan. Lama dah nak masak udang galah bersama nenas ni. Bila udang nya dah ada, nenasnya takde pulak. Bila nenas ada, stok udang plk takde. Macam arini udang dan nenas ada, tngk2 petiais takde daun kunyit plk….yg ada daun limau. Tapi mcm tak best plk nak letak daun limau, last tak masukkan segala daun, jadilah dah bau serai tu….yg penting kuahnya dah rasa masam manis nenas tu.

Terima kasih Che Mat berkongsi resepi, akak ni mmng kerap sngt ke blog DTS sbb semuanya nampak sungguh menyelerakan. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehah cuba resepi ni. Pastikan semua bahan2 mencukupi ya kalau nak masak ikut resepi Mat Gebu ni. Jom semak resepinya.

BAHAN-BAHAN

5 ekor udang kaki merah @ udang pengantin bersaiz besar, Yatie guna 12 ekor udang galah
1 biji kecil nenas madu
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat (boleh juga ganti dengan daun limau purut, jika suka)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
1 keping kecil asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS 🙂
3 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji buah keras, dihiris
1 keping hirisan lengkuas

CARA MEMBUATNYA

Udang dibersihkan, kerat muncungnya dan buang kotoran dibahagian kepala udang. Cuci dan toskan. Nenas dikupas, kemudian dibelah 4, buang empulur dan hiris sederhana tebal. Ketepikan.

Masukkan bahan2 kisar halus ke dalam periuk bersama serai titik dan santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan nenas dan masak hingga nenas lembut. Tambah udang dan asam gelugor. Kacau rata dan masak sekejap.

Tuang pati santan, masukkan daun kunyit (atau daun limau purut). Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan udang masak. Kacau sentiasa untuk mengelakkan pecah santan. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan lauk lain.

CATATAN MAT GEBU :- Ada yang tanya, che mat apa maksud ‘pecah santan’ tu?..Maksud pecah santan tu bila kuah masak lemak atau gulai kelihatan seperti mendadih, tidak licin sebaliknya nampak seakan2 bergentel kecil2. Tu sebab bila kita tuang santan pekat dalam masakan gulai, kena masak dengan api kecil dan dikacau sentiasa sehingga mendidih seketika untuk mengelakkan pecah santan. Kemudian boleh matikan api. Satu lagi jangan tutup periuk rapat2 masa masak lemak anda tengah panas, renggangkan tudungnya untuk mengelakkan masak lemak cepat basi….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *