Rendang Udang Galah Enak Simple

Rendang Udang Galah Enak Simple Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pernah makan rendang udang galah tak kwn2 semua? Inilah  kali pertama saya masak dan makan rendang udang galah ni. Biasanya kita masak sambal, 3 rasa ataupun masam manis je, kali ni saje nak rasa kelainannya. Memang sedaplah…tak rugi mencuba, sedap hingga menjilat jari. Terima kasih Che Mat Gebu berkongsi resepinya. Izinkan akak kongsikan resepinya kat sini  ya. Pada kwn2 yg nak merasa tu, bolehlah cuba resepi mudah ni…

Bahan-Bahannya 🙂

  • 600 g udang galah (udang lain pun ok juga)2 helai daun kunyit, hiris halus
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 cawan pati santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 8 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*
  • 1 cm lengkuas*
  • 2 batang serai, dihiris*
  • 3 biji buah keras*
  • 3 biji cili merah (nak pedas boleh tambah cili padi)*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara membuatnya 🙂

  1. Udang dibersihkan, perap dengan jus limau dan garam, cuci dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, gunakan api sederhana. Masak hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan, gula, kerisik dan sedikit garam, gaul rata. Bila mendidih, masukkan udang tadi bersama asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga kuah pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
  3. Akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit dan gaul rata. Terpulang pada individu, samada suka lembap atau kering. Hidangkan bersama nasi hangat, roti atau apa2 saja yang berkenan di hati…..
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017