Resepi Nenas Tart Gulung Simple

Resepi Nenas Tart Gulung Simple- Siapa yang tidak tahu nenas, nenas merupakan sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari Brazil, Bolivia, dan Paraguay.

hari ini saya ingin kongsikan cara nak buat resepi tart nenas gulung, kek ini sangat popular di masyarakat malaysia, rasanya enak dan sedap untuk di cuba.

tart nenas sudah banyak sekali yang bahagikan di internet, namun tidak ada salah saya cuba resipi ini untuk hasil yang lenih enak

Bahan Untuk Jem

600 gm gula
3 titik pewarna kulit
2 biji nenas – parut kemudian toskan airnya
1 batang kayu manis
Bahan Tart
125 gm butter – saya gunakan premium anchor butter
1 biji kuning telur
1 sudu besar gula kastor
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar tepung kastard @
1 3/4 cawan tepung gandum @
1/2 sudu kecil garam – secukupnya
1/4 cawan tepung jagung @
Bahan Hiasan
1 sudu air
1 biji kuning telur
setitik pewarna kuning

Cara Penyediaan………………………………………….

a) Cara Untuk Membuat Jem Nenas

1. mula-mula nenas yang sudah diparut tadi dimasak bersama gula
2. bila sudah hampir agak kering masukan kayu manis bersama pewarna kuning
3. ,asak dengan api sederhana sampai agak kering

b) Cara untuk Membuat Tart Gulung

1. pukul mentega/ butter bersama gula sehingga berkrim dan berwarna putih (butter di keluarkan pada suhu bilik)

2. masukan minyak sapi, garam secukupnya, dan kuning telur kemudian kacau hingga sebati.

3. tepung yang bertanda [@] di ayak kemudian masukan secara perlahan kedalam adunan sampai menjadi adunan doh yang lembut. biarkan sekejap.

4. kemudian masukan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur.

5. siapkan loyang yang sudah dilapik dengan baking paper atau boleh juga digriskan dengan mentega kemudian susun adunan yang sudah di gulung tadi diatas loyang.

c) Cara untuk Bahan Hiasan

1. kacau sebati kuning telur bersama pewarna kuning dan air kemudian sapukan diatas diatas tart gulung yang sudah kita susun diatas loyang tadi.

2. akhir seklai, panaskan oven pada suhu 175″C dan bakar kuih selama lebih kurang 25 minit. dan bila sudah masak tart nenas siap untuk dihidangkan.

bagaimana mudah sahaja kan resepi tart nenas gulung yang saya kongsikan dan sampai jumpa di resepi seterusnya. terakhir, resepi kek nenas ini kita kongsi dari blogopsi yang enak dan simple

/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017