Resepi Udang Masam Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni masak menu yg sangat di gemari kami sekeluarga. Kebetulan Talhah balik bercuti, lama tak makan lauk udang katanya. Bila mama dengar, apalagi…campak2 jadilah udang masam manis ni. Resepi ni mudah je, asalkan udangnya fresh, mmng sedaplah masakan kita. Talhah makan penuh selera, sedap tu hingga menjilat jari.  Resepi ni boleh juga lihat di SINI. Jom semak resepi mudah ni.


Bahan-Bahan

  • 1 kg udang sederhana besar
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 cwn sos tomato
  • 1/2 cwn sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji tomato-dipotong dadu
  • 2 keping gegelang nenas dlm tin-potong kecil
  • Garam, serbuk kunyit, dan sedikit gula
  • sedikit daun sup -utk tabur atas udang
  • minyak masak secukupnya

Bahan Hiris

  • 10 biji cili padi merah
  • 1 labu bwng besar
  • 3 ulas bwng putih

Cara Memasak

  1. Udang di gunting muncungnya, cuci bersih dan toskan.
  2. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan sehingga masak/garing sedikit. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan dulu.
  3. Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali, tumiskan bahan2 hiris sehingga naik bau.
  4. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit air. Biarkan  mendidih sambil di gaul rata.
  5. Masukkan nenas dan tomato yg di potong kecil. Masukkan garam, gula dan gaul rata.
  6. Setelah siap dan cukup rasa, matikan api dan bolehlah masukkan udang yg di goreng tadi. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan. Tabur dngn daun sup yg di potong kecil.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017