Udang Masak Cili Padi Bersama Nenas Simple

Udang Masak Cili Padi Bersama Nenas Simple Assalamualaikum dan bertemu kembali. Dah makan ke belum? Hari ni saya masak udang lemak cili api bersama nanas. Biasanya saya guna udang yg belum di siang, tapi kali ni nak senang dan memudahkan anak2 makan, saya dah kopek udang tu sekali. Jom kita lihat bahan2 yg di perlukan….lebih kurang mcm masak lemak ikan, ayam atau ketam je.

Udang Masak Cili Padi Bersama Nenas
Bahan-Bahan

  • 500 gm udang sederhana besar

Bahan Kisar/ Tumbuk

  • 10 biji cili padi
  • 8 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 batang serai-ketuk
  • 1 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor/keping
  • 1/2 biji nanas- di potong2 kecil
  • garam dan gula secukup rasa

Cara -Cara

  1. Blend / tumbuk bahan2 kisar dan masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai yang di ketuk dan gaul sebati. Masukkan santan cair dan asam keping.
  2. Masukkan nanas dan gaul sebati. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan udang dan masukkan santan pekat…. gaul lagi. Biarkan mendidih sebentar sambil di gaul lagi.
  4. Sekiranya rasa dah ok, bolehlah tutup api dan hidangkan.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017