Gulai Udang Dengan Tomato Hijau Yang sedap

Gulai Udang Dengan Tomato Hijau Yang sedap Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Malam ni barulah berkesempatan nak kongsikan menu siang tadi. Hari ni masak udang galah, tapi yg saiz sederhana je. Biasanya masak masam manis atau sambal je, kali ni masak lemak pedas pula. Resepi dari Che Mat Gebu, mmng mudah dan sedap. Kalau takde idea nak masak apa, mmng suka skodeng blog DTS…kat sana mcm2 ada…Terima kasih Che Mat berkongsi resepi dan idea masakan. Pd peminat udang tu, bolehlah cuba resepi ni….mmng best. Jom semak resepinya…Resepi asal udang dngn belimbing buluh, tapi kat rumah ni tak berapa gemar belimbing buluh tapi suka sangat dngn tomato hijau…terpulang pd selera masing2 ya..kita buat dia…kita gak yg makan nnti…

BAHAN-BAHANNYA 🙂

  • 500 gram udang bersaiz besar
  • 3 biji tomato hijau
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 helai daun kunyit, disiat
  • 1/2 inci lengkuas, dititik
  • 1 keping asam gelugor
  • 800 ml santan cair
  • 350 ml pati santan
  • Garam dan secubit gula

BAHAN KISAR HALUS 🙂

  • 3 tangkai cili merah
  • 8 biji cili padi (optional)
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 8 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA 🙂

  1. Udang dibersihkan, cuci dan toskan. Tomato dibelah 4 setiap biji. Ketepikan.
  2. Masukkan bahan2 kisar dalam periuk bersama serai titik, asam gelugor dan gaul rata.
  3.  Masukkan santan cair, kacau dan bila mendidih, masukkan udang. Masukkan tomato hijau dan biarkan hingga udang bertukar warna, masukkan pati santan dan gaul rata.
  4. Tambahkan daun kunyit, garam secukup rasa dan secubit gula. Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017