Udang Harimau Panggilan Pulau Sedap dan Simpel

Udang Harimau Panggilan Pulau sedap dan simpel, Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Hari ni sajalah nak kongsikan resepi udang harimau panggilan pulau. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa dngn udang ni, balik2 masak masam manis, masak tiga rasa dan buat sambal udang je. Kali ni saya masak resepi masam manis yg di tambah dngn kayu manis…mmng sedap. Resepi asal menggunakan ikan, dan saya pernah masak SIAKAP PANGGILAN PULAU…mmng sedap sngt kuahnya. Bila takde idea tu, kita tukar2kan je ikan pd udang, ikan pd ayam, ayam pd udang, daging pd ayam dan sebagainya. Asalkan kuahnya sedap dan kena dngn selera kita, bolehlah resepi tu di pelbagaikan….takyah nak pening2 sangat nak masak…kan…Jomlah semak resepi kalau ada yg teringin nak mencuba tu.

Bahan-bahan

  • 1 kg udang besar- gunting muncungnya, cuci dan toskan
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit +1 sudu kecil garam-utk goreng udang
  • 1/2 cawan sos cili
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2 biji tomato – dadu kasar
  • garam cukup rasa @ 1 sudu kecil kiub maggi cukup rasa
  • 1/2 cawan air panas
  • 1 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cili kisar
  • minyak secukupnya

Bahan hiris dan tumis

  • 1 labu bwg besar
  • 4 ulas bwg putih 
  • 6 biji cili padi
  • 2 btg serai – di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis

Cara-cara

  1. Udang yg telah di gaul dngn garam dan serbuk kunyit,hendaklah di goreng sehingga masak.Ketepikan.
  2. Masukkan 1/4 cawan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 hiris hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar, biar sedikit garing.Guna api perlahan je.
  3. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis – gaul sebati di ikuti 1/2 cawan air panas.
  4. Sesuaikan rasa garamnya @ masukkn maggi cukup rasa, apabila kuah @ sosnya sedikit pekat, masukkn tomato – kecilkn api. Biar kuah mereneh perlahan-lahan hingga tomato layu.
  5. Masukkan udang yg telah di goreng tadi dan gaul rata sebentar. Tutupkan api dan bolehlah di hidangkan bersama nasi putih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *