Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple, Kebanyakkan orang memang biasa masukkan lemak ayam terutama sekali yang berniaga nasi ayam. Bagi saya, inilah kunci kesedapan nasi ayam yang dihasilkan kerana lemak ayam memberikan aroma yang harum. Cubalah masukkan lemak ayam ketika menumis nasi selepas ni. Tak banyak pun, saya cuma guna anggaran 2 sudu besar lemak ayam untuk 3 cawan beras.

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap I

Resepi nasi ayam yang pertama ini dari facebook.

Jom cuba masak nasi ayam simpe dan sedap. Resipinya ada dibawah ni.

NASI

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap dan Simple

  • Bawang merah*
  • Bawang putih*
  • Halia*
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Susu pekat manis
  • Plnta
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Daun pandan
  • Minyak
  • Air rebusan ayam
  • Blender bahan yang saya tanda tu..tumis dgn minyak buh kayu manis,buah pelaga..
  • Basuh beras,buh brg yg tumis td,plata,susu,daun pandan,nenas(blnder),grm,scubit serbuk kunyit..pastu ns da kering..buh minyak yg grg ayam tu kacau n tutup blk..

SAMBAL

  • Cili merah
  • Cili api
  • Bawang puti
  • Tomat
  • Sos cili
  • Blender smua bahan..masak buh sos cili,grm,aji,gula..

AYAM(saya potong 4)

  • Rebus ayam dl..
  • Sos tiram
  • Sedikit minyak
  • Bawang putih(ketuk)
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam
  • Satukan smua bahan n sapu kat ayam yg da direbus..perap setengah jam pastu grg..

KICAP

  • sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Bwg putih(ketuk)
  • Satukan smua bahan tu…bancuh tepung jagung dgn air masukkn smua bahan tu..klu agak pekat buh air..grm n gula..

SUP

  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Blnder smua bahan..tumis buh air rebusan ayam td..grm,aji, daun sup n bwg grg..
    Selamat mcuba…

Resepi Nasi Ayam Mudah Sedap II

Resepi nasi ayam yang kedua ini adalah kreasi mama fizalgk dalam blognya fizalgk.blogspot.com, segala gambar kredit untuk fizalgk. Jom kita masak cara buat nasi ayam simple.

Untuk Sup/Ayam/Kuah Kicap dan Kuah Cili

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam – dipotong empat
  • 1 sup bunjut
  • 1 labu bawang besar – dipotong empat
  • 3 ulas bawang putih – di ketuk
  • 1 inci halia – di ketuk

Cara memasak:

  1. Rebus semua bahan hingga mendidih. Keluarkan ayam dan toskan. Guna separuh air rebusan tadi untuk memasak nasi dan asingkan separuh lagi untuk dijadikan SUP dengan menambah kiub ayam serta daun sup, daun bawang dan bawang goreng sebagai hiasan.
  2. AYAM : Perapkan dengan 1 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap cair, 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar madu. Goreng hingga keperangan dan potong ketika menghidang.
  3. KUAH CILI : Kisar 5 tangkai cili merah, 1 ulas bawang putih, garam dan gula secukup rasa, 1/2 sudu teh cuka dan 2 sudu besar sos cili.
  4. KUAH KICAP : Campurkan 1 cawan air rebusan ayam dengan 5 sudu besar kicap manis, 3 sudu besar kicap masin dan 1/2 sudu teh minyak bijan.

Nasi

Bahan-bahan

  • 3 cawan beras – basuh dan toskan
  • 4 1/2 cawan air rebusan ayam
  • 3 ulas bawang merah – di hiris
  • 2 ulas bawang putih – di hiris
  • 1 inci halia – di hiris
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • lemak dan kulit ayam
  • 1 sudu teh garam

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak campur sedikit mentega didalam periuk nasi, tumis bahan-bahan yang dihiris nipis hingga wangi, masukkan lemak ayam, kacau hingga sebati dan pecah minyak.
  2. Masukkan pula beras dan kacau lagi.
  3. Seterusnya masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beberapa titis pewarna kuning(jika suka) dan masak seperti nasi biasa.

Semoga berhasil bunda dengan resepi dari bunda hafizah yahaya.

Video Resepi Nasi Ayam

Pencarian yang lain:

  • resepi ayam masak merah dengan serbuk cili
  • nasi
/* */
Resepi Makanan Masakan Simple Sedap © 2017